BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan,

Saya mengalami was was dalam niat solat. Saya selalu rasa tidak puas semasa niat ketika takbiratulihram. Saya kena niat dalam hati sebelum takbir supaya saya dapat berniat dalam hati semasa takbir. Adakah ini dikira menambah rukun? Adakah solat saya dikira sah? Jika tidak sah adakah ianya dimaafkan kerana banyak solat saya lakukan sebegini.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum niat ketika solat adalah wajib kerana ia merupakan rukun qalbi (hati) dan wajib disertakan ketika seseorang melafazkan takbiratul ihram di samping ketiadaan niat menjadikan solatnya tidak sah. Selain itu, mengikut situasi yang tuan alami perbuatan yang dilakukan oleh tuan tidak dikira sebagai penambahan rukun disebabkan niat itu berlaku sebelum solat. Bahkan ia dituntut bagi membantu dan memudahkan ketika niat semasa takbiratul ihram. Ia sama seperti tuntutan menghadirkan niat sebelum mengangkat takbir yang dinamakan sebagai talaffuz (melafazkan niat) dan ia dihukumkan sebagai sunat di sisi jumhur fuqaha. Justeru, perbuatan tersebut tidak menjejaskan kesahihan solat tuan dan solatnya dikira sah.      

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 27

message user image