Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz,
Sebelum mengambil wudhu saya membuang air kecil lalu mencuci kawasan kemaluan dan dubur sekali untuk menghilangkan najis dan kotoran dengan menggosok kawasan-kawasan tersebut menggunakan tangan sambil air paip dialirkan serentak.Kemudian saya terus memakai pakaian dalam saya.Selepas itu saya baru teringat saya belum cuci tangan saya dengan sabun lagi.Lalu saya tengok tangan saya, tiada najis lalu saya hidu pula tangan saya ,tiada sebarang bau.Tapi saya masih was-was bersih atau tidak tangan saya.Saya abaikan perasaan was-was itu sebentar.Tanpa berlengah saya terus berwudhu dan menunaikan solat Zuhur mengikut imam di masjid.Sekarang saya terfikir adakah wudhu dan solat zuhur saya sah?Dan adakah tangan saya benar-benar bersih dari sisa najis?Dan bagaimana dengan benda-benda yang sudah saya sentuh adakah najis itu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain?Sebab saya dah sentuh banyak benda contohnya pintu masjid,paip air masjid,sejadah,karpet masjid termasuk barang-barang di pejabat dan dirumah saya.Adakah semua benda yang saya sudah sentuh perlu saya bersihkan? Dan sekiranya orang lain pula menyentuh benda-benda yang saya sudah sentuh tadi bagaimana ibadah mereka adakah sah dan diterima?Saya rasa berdosa.Mohon pencerahan sebab saya bimbang sangat jika ibadah solat saya dan orang lain tidak diterima dan tidak sah sebab saya dah pegang macam-macam.Sekian,terima kasih.
Jawapan