BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya mengalami haid sehingga hari ke 9, kemudian darah berhenti, saya telah pun periksa menggunakan kapas dan bersih jadi saya mandi wajib. Pada hari ke-12, saya lihat ada cecair jernih putih yang keluar, setahu saya tanda habis haid itu adalah sama ada berhenti keluar darah atau keluarnya cecair jernih. Jadi, adakah saya perlu mengulangi semula mandi wajib saya setelah keluarnya cecair jernih tersebut atau mandi wajib saya yang sebenarnya adalah semasa berhentinya darah pada hari ke-9?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Wanita perlu mandi wajib apabila darah haid sudah berhenti di samping terdapat tanda-tanda suci daripada haid seperti kering daripada darah ( الجوف ) atau keluar cairan putih jernih ( قصة البيضاء ).

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sah mandi wajib pada hari ke-9 tersebut kerana telah yakin dan dipastikan bahawa darah haid sudah kering atau berhenti. Sehubungan itu, tidak perlu untuk mengulangi mandi wajib kerana salah satu tanda suci telah dapat dikenal pasti pada hari ke-9. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 25

message user image