Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya mempunya was was bab aqidah. Seingat saya, ketika hampir sepenuhnya sedar daripada tidur pagi, saya terfikir topik belajar saya yang mempunyai perkataan "non" iaitu "non cash item". Tiba tiba otak saya terfikir mengabungkan perkataan "non" Dan "Muslim" dan kemudian beberapa saat selepas itu muncul perkataan "aku" jadilah seperti saya ingin mengaku yang saya ini keluar daripada Islam, nauzubillah. Tetapi saya tidak mengambil peduli pada waktu itu namun tiba tiba saya mengulangi ketiga-tiga perkataan tersebut secara tersusun di hati jadilah Kali kedua saya berkata di hati "aku non-muslim", nauzubillah. Saya sangat takut selepas Kali kedua itu kerana kemungkinan Besar saya mahu menyedapkan hati dengan menyakini bahawasanya saya tidak keluar daripada Islam selepas Kali pertama menyebutnya di hati. Saya sangat marah dengan diri sendiri kerana boleh saya saya beristighfar Dan mengalih topik di dalam fikiran kepada perkara lain untuk menyedapkan hati namun saya memilih untuk mengulangi pula perkataan-perkataan tersebut. Saya menjadi sangat takut kerana gangguan aqidah ini sering berlaku dalam pelbagai bentuk di hati saya lalu saya setiap Kali itu juga saya bersyahadah secara sendirian Dan menyesali apa yang saya telah fikirkan di hati Dan minda saya. Saya khuatir bahawasanya Islam saya tidak diterima oleh Allah SWT kerana pernah juga terdengar ustaz di internet berkata bahawasanya taubat orang murtad yang ingin kembali ke Islam hanya 3 Kali sahaja namun ada juga ustaz yang menyuruh menyegerakan bertaubat biarpun terjadi berkali Kali supaya tidak silap apa yang saya fahami dengan izin Allah SWT kita Masih Islam ketika meninggal dunia. Gangguan kepada saya ini sudah berkali Kali Dan saya khuatir bahawasanya ada gangguan sebelum ini yang memang menjadikan saya kufur tanpa disedari kerana kadang kala saya tidak kuat melawannya, astagfirullah. Semoga pihak tuan/puan ada pendapat mengenai masalah saya ini Dan sudi juga memberi tips agar saya tidak melayan gangguan ini supaya saya menjadi lebih tenang. Terima kasih.
Jawapan