BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

 Saya dapati nanah jerawat dikira najis. Namun adakah 'blackhead' dikira najis juga seperti nanah jerawat? Badan saya banyak jerawat bintik hitam ini dan kadang ianya terkeluar dari kulit. Jerawat bintik hitam ini selalunya sudah mengeras dan saya was was kalau ianya najis dan tersebar ke pakaian. Ada juga yang terkeluar separuh saja (separuh jerawat dalam kulit separuh terkeluar), kalau begini bagaimana status wudhu saya? perlukah saya memicit keluar bintik hitam itu? Saya ada membaca artikel mengatakan 'blackhead' datang nya dari minyak di kulit yang berlebihan. Saya was was tentang perkara ini. Adakah ianya najis atau suci? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أ له وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, blackhead adalah jerawat yang timbul akibat penyumbatan folikel rambut dengan sebum dan sel kulit mati. Ia tidak dikategorikan sebagai najis kerana ia tidak memenuhi kriteria najis menurut syariat dan tidak menjejaskan kesucian mahupun wuduk seseorang. Maka status wuduk adalah masih sah dan tidak perlu untuk memicit keluar bintik hitam tersebut.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 27

message user image