BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

1) Saya nak tanya tentang luka. Adakah luka yang sudah tidak berdarah yakni kering dikira najis ataupun suci? Perlukah saya membuang selaput luka tersebut sebelum wuduk atau mandi wajib? Bolehkah saya hanya membiarkannya kerana jika di kopek boleh melambatkan proses penyembuhan.

2) Adakah najis yang dimaafkan pada tubuh dan pakaian juga dimaafkan jika ianya terkena tempat lain seperti tempat solat dan sebagainya?

3) Saya baru lepas membuat pemeriksaan darah, luka tersebut telah kering dan tiada darah. Saya pun membasuh luka tersebut. Apakah status air basuhan itu? Adakah ianya najis ataupun suci?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Darah yang keluar daripada manusia adalah dikira sebagai najis. Kenajisan darah ini juga jelas disepakati oleh empat mazhab serta perlu dihilangkan. Namun begitu, seandainya darah itu sedikit pada adat seperti tompokan kecil sama ada pada badan atau pakaian, maka ia dimaafkan dan solat yang dilakukan adalah sah.

Merujuk kepada persoalan tuan, jawapan adalah seperti berikut:

1) Luka yang tidak berdarah adalah tidak bernajis dan ianya kekal suci. Tidak perlu membuang selaput darah luka yang telah kering sebelum berwuduk ataupun mandi wajib. Ini kerana akan menyebabkan darah keluar dan mengakibatkan kemudaratan.

2) Najis yang dimaafkan pada tubuh dan pakaian jika terkena pada tempat lain juga adalah dimaafkan.

3) Luka hasil dari suntikan pemeriksaan darah yang telah kering dan tiada darah tersebut adalah tidak bernajis. Oleh itu, air basuhan tersebut adalah kekal suci daripada najis. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 26

message user image