Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz/ustazah. Semoga ustaz/ustazah berada dalam keadaan yang sihat walafiat.
Soalan saya berkenaan bayaran balik duit yang dipinjam menggunakan emas.
Saya beli barang yang memerlukan saya meminjampakai kad kredit kakak terlebih dahulu. Bayaran komitmen yang dipersetujui adalah selama 24 bulan. Saya bayar tanpa culas dengan amaun yang ditetapkan selama 12 bulan. Kakak saya juga membayar dengan amaun yang sama selama 12 bulan. Jadi, komitmen bayaran kad kredit selesai dalam masa 12 bulan sahaja.
Isunya, saya membayar semula bayaran yang dibuat kakak saya menggunakan emas bar 5g (sebabnya, dia membayar untuk selesaikan hutanh kad kredit lebih awal tapi saya tetap perlu membayar amaun tersebut). Jumlah amaun 12 bulan yang sudah dibayar tu bersamaan dengan harga emas bar 5g waktu itu.
Soalan saya, boleh ka saya buat macam tu? Baru terfikir setelah bertahun berlalu. Astaghfirullah. Andaikata tidak boleh, apa solusi yang saya boleh buat?
Semoga soalan saya jelas difahami dan semoga ustaz/ustazah berkelapangan memberikan pencerahan kepada saya.
Jazakumullahu khayran kathira.
Jawapan