BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya mengenakan denda sebanyak RM5 sehari jika lewat membayar duit kutu? Adakah ia dikira riba?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada soalan yang diajukan, mengenakan denda sebayak RM5 sehari di atas kelewatan membayar wang kutu boleh dianggap sebagai riba sekiranya ia melibatkan penambahan daripada jumlah asal yang perlu dibayar. Walau bagaimanapun, sekiranya kelewatan tersebut menyebabkan kos tertentu yang perlu ditanggung oleh pihak pengurusan, maka sebahagian pendapat mengharuskan mengenakan denda dengan syarat ia tidak melebihi kos sebenar yang terpaksa ditanggung. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 51

message user image