Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz.
Saya ada soalan 3 soalan berkaitan mandi junub.
1. Saya seorang mempunyai banyak bulu pada badan, adakah memadai saya mengalirkan sahaja air pada anggota berbulu tanpa perlu gosok atau sental seperi betis, dada dan sebagainya.
2. Apabila selesai solat, baru saya perasan ada anggota tidak rata mandi wajib. Adakah memadai menyapu sahaja air pada tempat tidak rata itu atau perlu ulang semula dari awal memandangkan saya sudah solat.
Jika dah lama sangat baru perasan mandi wajib tak rata, bolehkah saya lalukan air sahaja tanpa ulang keseluruhan mandi.
Ada penceramah menyatakan jika sudah selesai solat baru perasan tidak rata mandi wajib, perlu ulang balik mandi wajib kerana sudah solat, tetapi melalui pembacaan saya di web soaljawab mufti Selangor tidak menyatakan sebegitu. Saya amat keliru dalam hal ini.
3. Saya tahu bahawa mandi wajib boleh mandi beransur-ansur, contohnya basuh kepala dahulu,lama kemudian baru basuh badan. Adakah setiap kali nak sambung mandi wajib perlu niat balik memandangkan tempoh selang itu lama.
Terima Kasih saya dahulukan atas jawapan ustaz.
Jawapan