BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya. Kalau kita termuntah sebab sendawa, mestilah kita kena kumur2 nak sucikan mulut. Adakah saya perlu sucikan juga di tekak saya kerana mungkin bercampuran dengan kahak dan apabila dikeluarkan kahak tersebut mungkin boleh tercampur dengan air liur dan menajiskan mulut?

Satu lagi soalan, apabila setiap kali kita bangun dari tidur, adakah kita wajib membersihkan tekak juga kerana terdapat air liur basi?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Islam sangat menitikberatkan hal kesucian dan kebersihan terutamanya ketika melakukan ibadah. Ini kerana, kebersihan melambangkan keteguhan iman seseorang kepada Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

الطُّهورُ شطْرُ الإيمانِ

Maksudnya: Bersuci itu separuh daripada iman.

(Riwayat Muslim)

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Muntah adalah najis sebagaimana diketahui, justeru itu cukup sekadar berkumur-kumur bagi membersihkan mulut dari muntah. Manakala kawasan tekak tidak perlu disucikan kerana ianya merupakan kawasan yang tidak dapat dijangkau bagi urusan membersihkannya kerana ianya terletak pada had batin iaitu yang selain daripada bahagian zahir pada rongga mulut. Oleh tu, kahak atau air liur yang keluar selepas berkumur-kumur kerana muntah adalah dimaafkan jika ia dalam jumlah yang sedikit atau sukar untuk dielakkan.

2. Air liur yang keluar ketika tidur, seandainya diyakini datang daripada perut dengan ciri-ciri berbau busuk atau berwarna kekuningan, maka ia dianggap najis. Namun air liur yang keluar daripada mulut atau tidak dapat dipastikan puncanya, maka ia dianggap suci. Walaupun jika tidak dianggap sebagai najis, disarankan untuk berkumur-kumur kerana ia adalah kotoran dan Islam mementingkan kebersihan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 23

message user image