BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum!

boleh terangkan berkaitan hukum memakan binatang yang telah di sembeleh yang mana prosesnya, sebelum dipotong-potong binatang sembelehan tersebut (kambing atau biri-biri atau kibas) melalui proses dibakar (dilalukan api gas) bagi tujuan membakar bulu pada kulit dan kulit tersebut tidak lagi dibuang. Persoalannya dia sini apa hukumnya keatas sembelehan itu dibakar tanpa dikeluarkan dahulu segala isi perut termasuk najis.

adakah dia masih halal dimakan atau telah menjadi haram asbab proses membakar tersebut tanpa dibuang isi perutnya...

terima kasih...

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Proses membakar bulu pada kulit binatang yang telah disembelih sebelum dipotong tidak mempengaruhi halal dan haram memakan binatang tersebut sekiranya syarat sah sembelihannya telah mencukupi. Lazimnya proses membakar bulu dilakukan bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menanggalkan bulu binatang yang disembelih tersebut. Justeru, ia halal dimakan dengan syarat perlu dibersihkan terlebih dahulu bahagian luar dan dalamnya bagi menghilangkan kotoran dan najis yang ada pada binatang tersebut dengan cara membasuh bersih menggunakan air.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 37

message user image