Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, ketika membuang air Besar, saya dapati bahawasanya saya turut membuang air kecil. Ketika membasuh dubur, saya ada teringat untuk membasuh kemaluan juga. Selepas selesai, saya mengambil wuduk Dan menunaikan solat. Ketika solat, tiba-tiba saya ragu-ragu adakah saya telah membasuh kemaluan saya sebentar tadi. Saya Cuba mengingati namun tiada yang boleh saya ingati. Saya terus ke bilik air Dan mencuci kemaluan. Ketika mencuci, saya menjadi was was adakah lengan kiri saya terkena air kencing yang dikuathiri Masih berbaki di "testical" saya ketika membasuh dubur (sebelum menunaikan solat) kerana boleh saya telah bahawasanya ketika kencing semasa membuang air Besar, seperti air kencing mengalir keluar Dan melalui "testical" saya. Saya turut membasuh lengan kiri saya Dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat semula. Tetapi saya menjadi was was sama ada jika benar kemaluan saya tidak basuh ketika membasuh dubur itu, saya khuatir air yang menitis daripada kemaluan saya jatuh ke lantai rumah atau melalui kaki saya lalu terkena lantai rumah atau kain pelikat. Saya juga menjadi was was jika benar lengan kiri terkena "testical" yang bernajis kencing, adakah ketika membasuh tangan ketika wuduk Kali pertama saya sudah membersihkannya kerana saya membasuh lengan hingga siku sebanyak tiga Kali Dan jika lengan saya sudah suci, saya khuatir jika percikan air basuhan itu terkena bahagian badan lain seperti perut atau pun menitis ke lantai bilik air lalu saya terpijak tanpa sengaja air muntanajis Dan merebak ke lantai rumah pula. Saya mengambil wuduk menggunakan "shower" maka air akan sentiasa keluar Dan sama ada mengenai badan atau jatuh ke lantai bilik air di mana saya berharap dapat membawa air muntanajis iaitu air wuduk di bahagian lengan kiri jika benar lengan saya itu terkena najis kencing untuk membawa ke lubang air lalu dapat saya elak daripada terpijak. Lantai bilik air saya kebanyakan masa berair maka sukar untuk menentukan sama ada air itu air mutlak atau air muntanajis. Apa pandangan pihak tuan/puan yang harus saya lakukan? Buat masa ini saya telah selesai solat saya yang tertangguh itu dengan memakai kain pelikat yang sama Dan solat di tempat yang sama ketika solat Kali pertama yang tertangguh itu. Saya berharap was was saya mengenai air muntanajis ini dapat disembuhkan kerana saya sering meluangkan masa yang lama di bilik air kerana risaukan air muntanajis sama ada telah masuk ke lubang air atau pun Masih bergenang di lantai bilik air sehingga penat dibuatnya. Terima kasih. Assalamualaikum.
Jawapan