BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya membeli makanan halal di shoppe food/foodpanda tetapi dihantar oleh rider yang non muslim?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum rider yang non muslim menghantar makanan kepada orang muslim adalah diharuskan oleh syarak selagimana makanan itu halal tidak ada unsur haram padanya. Hal ini kerana tiada larangan dari firman Allah SWT dan hadis Nabi SAW untuk orang Islam bermuamalah (bergaul) sesama non muslim. Justeru, dalam Islam, penghantaran makanan halal oleh rider bukan Muslim tidak menjadikan makanan itu haram. Selagi makanan tersebut tidak tercemar atau terdedah kepada perkara yang haram semasa proses penghantaran, maka makanan tersebut tetap halal dan boleh dimakan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 46

message user image