BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Dubur saya kadangkala berpeluh dan kadangkala sedikit basah kerana saya tidak mengelap kering ketika selepas mandi atau istinjak. Apabila saya kentut, saya tiada rasa seperti keluar tahi atau cirit. Namun setelah itu rasa sedikit lembap dan kadangkala basah di bahagian dubur. Setiap kali saya periksa, tiada najis di dubur mahupun seluar dalam. Kadangkala baunya seperti peluh lalu saya menganggap nya peluh. Kadangkala baunya seperti sabun yang diguna ketika istinjak dan saya anggap air atau basahan itu adalah bekas mandian atau istinjak. 
Masalah timbul apabila baunya seperti najis. Saya jadi was was adakah ini air peluh, atau air bekas instinjak atau memang benar-benar air najis kerana tiada rasa dan warna secara jelas, hanya bau semata-mata. Saya hanya menganggap bau itu datangnya dari angin kentut kerana bau ini selalunya akan hilang tak lama selepas itu. Namun boleh jadi itu air yang termasuk di dubur ketika istinjak/ mandi dan keluar semula ketika kentut. Apa yang patut saya lakukan? Patutkah saya abaikan perasaan ragu ini selagi tiada najis yang jelas keluar?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, Islam meletakkan sesuatu hukum itu adalah berdasarkan kepada sesuatu yang jelas, nyata dan yakin sahaja. Manakala bagi sesuatu yang tidak jelas, tidak nyata dan tidak yakin itu maka perkara tersebut adalah terkecuali dan tidak ada hukum. Sehubungan itu, jika kita menghukumkan sesuatu adalah bernajis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu tidak bernajis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka kekal bersih dan suci. Oleh itu, jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya kekal bersih dan suci.

Sehubungan itu, merujuk kepada isu yang dinyatakan sekiranya tiada sebarang ain najis yang dapat dipastikan terkeluar semasa kentut, maka ianya sekadar angin kentut yang keluar berbau dan tidak bernajis. Hanya sekiranya terdapat ain najis yang turut sama keluar semasa kentut, maka ianya perlu dibersihkan dan disucikan dengan air.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 31

message user image