BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

Sebelum ini saya mewarnakan rambut sendiri tapi tidak yakin telus air atau pun tidak. 

Jadi saya berniat untuk bleaching rambut supaya warna itu pudar, alasannya supaya saya boleh yakin untuk berwudhuk dan menunaikan kewajipan saya untuk solat. 

Boleh kah saya bleaching rambut atas alasan ini?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أ له وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan  yang diajukan:

  1. Perlu pastikan terlebih dahulu jenis pewarna rambut yang digunakan. Sekiranya bersifat telus air maka ia tidak memberikan masalah kepada sahnya wuduk atau mandi wajib, maka tidak perlu membuat sebarang tindakan. Jika sebaliknya, dibimbangi wuduk atau mandi wajib yang dilakukan menjadi tidak sah.

  2. Tujuan penggunaan bleaching adalah untuk mencerahkan warna rambut dengan cara menghilangkan pigmen iaitu melanin dari helaian rambut dan penggunaan asalnya bukan bertujuan melunturkan pewarna rambut. Selain itu, penggunaan bleaching berisiko memudarkan warna rambut yang asal serta memberi implikasi kerosakan rambut juga sakit kulit. Oleh itu, penggunaannya adalah dilarang dalam Islam.

  3. Disarankan menggunakan kaedah lain yang selamat dan bersumberkan bahan yang halal untuk menghilangkan pewarna rambut.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 36

message user image