BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Asslamualaikum..Adakah berdosa seseorang mencuri kucing tanpa kebenaran sedangkan kucing  tersebut cukup makan n d jaga baik dan Tuan kuicng trsebit tak merelakan lucingnya d ambil. setelah nertahun tahun mnjaganya dgn rribuan duit tlh abis membesarkannya.adkah .dosa nya akan berterusan slagi tidak mintak maaf  atau pulangkn ia?  bawak smpai ke alam barzakh n akhirat??


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Mencuri merupakan suatu perbuatan mengambil sesuatu barang yang bukan miliknya tanpa kebenaran pemilik asal. Ia merupakan suatu perbuatan yang dilarang dalam ajaran Islam. Merujuk kepada persoalan, kucing tersebut merupakan binatang peliharaan milik orang lain, yang sepatutnya perlu diminta izin tuan asal kucing tersebut sebelum memeliharanya. Walaupun telah dipelihara dalam tempoh yang lama dengan memberi makan dan menjaganya dengan baik, adalah sebaiknya, puan memaklumkan tentang perbuatan ini kepada pemilik asal kucing tersebut. Puan hendaklah meminta maaf dan memulangkan semula kucing tersebut jika pemilik asal berkehendak sedemikian. Semoga dengan permohonan puan dapat melembutkan hati pemilik asal kucing dan membenarkan puan terus memelihara kucing tersebut. Mengenai urusan di alam barzakah ia merupakan perkara yang perlu kita percaya akan adanya pembalasan di setiap perbuatan baik dan buruk seseorang nanti. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan setiap pembalasan kepada hamba-Nya secara adil. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 38

message user image