BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaykum, saya nak tanya kemusykilan agama. Saya penghidap diabetes. Nak ambil medical card tapi tak ada ditawarkan oleh syarikat  takaful untuk penghidap diabetes. Yang ada hanyalah di bawah prudential dan Allianz insurance. Bolehkah saya beli medical card tersebut atas dasar tidak ada perlindungan dari syarikat takaful yg ditawarkan? Jazakallah.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Secara umumnya, mengambil medical card konvensional atau apa-apa produk perlindungan yang berasaskan konvensional adalah suatu perkara yang diharamkan kerana ia telah diputuskan sebagai haram oleh pelbagai pihak autoriti agama seluruh dunia. Di samping itu kerana telah terdapat alternatif yang lebih baik iaitu takaful yang berasaskan tabarruk atau derma yang dikumpulkan dan kemudian diagihkan dalam kalangan ahli yang memerlukan.

Namun begitu, dalam keadaan tiada pilihan lain umat Islam mestilah berikhtiar untuk mencari jalan lain selain daripada terlibat dengan perkara yang jelas telah diharamkan dalam Islam. Memilih untuk menggunakan medical card konvensional dibolehkan hanya apabila tiada jalan lain boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa seseorang atau mengelak daripada memudharatan yang besar.


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 27

message user image