BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

sy ada persoalan, sy sudah bercerai, semasa iddah bekas suami sy bertanya "awak nak rujuk balik tak?" sy menjawab "tak nak". dan perbualan kami tamat disitu, persoalan sy, adakah sy dikira telah rujuk kembali bersama bekas suami sy? mohon beri bantuan..kejadian berlaku 6 tahun yg lepas, sy baru tahu harini hukum suami lafaz rujuk tanpa persetujuan isteri itu adalah sah, dan sy risau akan status sy sekarang.. adakah pertanyaan bekas suami sy pada ketika itu dikira lafaz rujuk...? atau ianya dikira sebagai pertanyaan sahaja?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Islam amat menggalakkan supaya dikekalkan hubungan perkahwinan di antara suami isteri. Meskipun begitu, kadangkala boleh berlaku perselisihan dan salah faham sesama pasangan dalam bentuk yang sukar untuk dipertahankan ikatan perkahwinan tersebut. Maka Islam memberikan jalan keluar kepada pasangan tersebut menerusi pensyariatan talak atau cerai. Dalam masa yang sama, syariat Islam menjadikan asal bagi talak adalah merupakan talak raj’ie yakni talak yang boleh dirujuk semula, yang mana ia tidak memutuskan ikatan perkahwinan secara menyeluruh. Kerana itulah syara memberikan hak kepada seorang suami untuk merujuk semula dengan isterinya selama dalam tempoh iddah.

Menjawab pertanyaan puan, rujuk itu tidak sah kerana syarat sah rujuk hendaklah berlaku dengan serta-merta dan tidak dihadkan waktunya. Lafaz rujuk bekas suami puan iaitu "awak nak rujuk balik tak?", adalah dalam bentuk pertanyaan atau baru berhasrat untuk rujuk, ia bukan berbentuk kehendak merujuk isteri yang berlaku dengan serta-merta seperti ucapan: "Aku rujuk engkau". 

والله أعلم بالصواب 

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 86

message user image