BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

  1. Saya sudah solat fardhu kemudian selepas solat saya merasa solat tidak sah dan mengulangi solat. Setelah saya ulang saya masih lagi merasa tidak sah. Apa yang patut saya lakukan?
  2. Jika saya solat fardhu dan telah sempurna rukunnya, kemudian saya ulang solat sekali lagi kerana was was. Saya dikira menganggap solat pertama tidak sah. Andai kata solat kedua sebenarnya tidak sah atau batal adakah saya perlu solat sekali lagi? Ataupun solat yang pertama telah memadai?
  3. Jika saya sudah baca al fatihah dan saya was was dan ulang bacaan al fatihah namun pada bacaan yang kedua itu tidak sempurna dan saya terus rukuk. Adakah solat saya batal?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أ له وصحبه أجمعين أما بعد

Menjadi suatu kewajipan bagi setiap mukallaf untuk mengetahui punca yang menyebabkan syarat sah solat tidak terpenuhi termasuklah rukun-rukun solat dan bacaan al-Fatihah di dalam solat. Hanya sekiranya yakin telah berlaku perkara-perkara yang menyebabkan solat tidak sah semasa sedang solat, maka perlu mengulang semula solat. Adapun perasaan ragu-ragu, was-was dan syak wasangka hanyalah permainan syaitan yang tidak perlu dihiraukan. Perasaan was-was atau ragu-ragu selepas selesai daripada solat, maka ia tidak menjadikan solat itu tidak sah atau perlu diulang semula.

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Tidak perlu mengulang solat untuk kali kedua. Bahkan solat pertama yang diragui tidak sah juga sepatutnya tidak perlu diulang. 

2. Tidak perlu mengulangi solat tersebut. Abaikan perasaan was-was dan keinginan untuk mengulangi solat tersebut, kerana ia hanyalah gangguan syaitan.

3. Ia tidak membatalkan solat. Namun, jangan sesekali mengulangi bacaan hanya kerana perasaan was-was kerana ia hanya membuka pintu bagi syaitan untuk mempermain-mainkan perasaan manusia.

 والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 42

message user image