BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Selepas saya kencing atau berak, selalunya akan ada air najis yang terpercik ke bahagian punggung ataupun peha. Oleh itu, saya akan melalukan air di kawasan yang terkena percikan tersebut selepas istinjak. Kadangkala saya hanya basuh secara ala kadar apabila air paip perlahan atau sebab-sebab lain. Namun setelah itu saya menjadi was was adakah air itu merata ke seluruh tempat yang terkena najis? Apa yang harus saya lakukan kerana saya tidak dapat memastikan adakah air benar2 rata ataupun tidak. Adakah saya kene basuh semula kawasan tersebut? Bagaimana jika saya sudah memakai seluar dan berjalan atau duduk di merata tempat?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan, percikan air basuhan istinjak yang terkena pada anggota badan atau dinding tidak menjadikannya bernajis melainkan sekiranya terdapat ain najis yang terlekat padanya sehingga meninggalkan kesan bau, warna atau rasa. Oleh itu, seandainya tidak dapat dipastikan terdapat ain najis yang melekat pada punggung atau peha, atau hanya andaian atau waswas semata-mata, maka punggung dan peha itu kekal suci. 

Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqah dan tuntutan dari syarak iaitu: 

اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

Maksudnya: Keyakinan itu tidak dapat dihilangkan disebabkan oleh syak (ragu-ragu).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 27

message user image