BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. apakah hukum orang islam membaca doa ketika pesta tanglung?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Sebelum menjawab soalan yang diajukan, perlu difahami pesta tanglung adalah satu perayaan atau pesta adat kebudayaan masyarakat Cina. Hukum menyertai pesta tanglung adalah harus selagi tidak melibatkan kepercayaan khurafat dan unsur keagamaan. Keharusan hanya pada sekadar meraikan perayaan adat. Tidak dinafikan juga, asal usul pesta ini terkait dengan kepercayaan tertentu namun pengamalannya kita lebih kepada kebudayaan masyarakat Cina..

Walau bagaimanapun, bagi menjawab soalan yang diajukan, tidak diharuskan untuk berdoa semasa menyertai pesta tersebut, dibimbangi dianggap meniru perbuatan atau kepercayaan kaum lain. Ini kerana berdoa dikategorikan sebagai ibadah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 46

message user image