BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Saya pemandu lori, lori saya rosak jdi sya htr bengkel. Kos repair rm3100. Bolehkah saya mintak bengkel buat bil rm3600, jdi sy bleh dpt rm500 bila bos saya bayar nanti?

Mohon penjelasan ustaz..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Secara umumnya, menyatakan sesuatu di dalam bil untuk sesuatu perkara yang tidak dilakukan atau menaikkan harga pada bil melebih harga sebenar yang sepatutnya adalah perkara yang diharamkan kerana ia termasuk di dalam menipu dan menipu termasuk di dalam salah satu dosa besar dalam Islam sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Mas’ud RA, sabda Rasulullah SAW :

إِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ؛ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا

Maksudnya: Jauhilah kalian daripada sikap suka berbohong kerana berbohong akan membawa kepada perbuatan kemaksiatan, dan perbuatan kemaksiatan akan membawa ke Neraka. Jika sekiranya seseorang itu sentiasa berdusta, maka kelak dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai pendusta. (Riwayat al-Bukhari)

Elakkan diri dari melakukan perkara yang diharamkan tambahan ia juga merupakan kesalahan di bawah Akta SPRM berkaitan tuntutan palsu. Sekiranya ada tuntutan lain yang diperlukan berbincanglah dengan pihak pengurusan untuk tuntutan-tuntutan lain yang layak ketika menjalankan tugas yang diberikan.


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 31

message user image