Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang pengurusan jenazah. Soalan saya ialah adakah perlu dipakaikan celak dan melukis kening kepada jenazah perempuan?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد
Bagi manusia yang telah meninggal dunia, keutamaan baginya adalah dengan menunaikan empat kewajipan jenazah iaitu:
-
Mandi
-
Kafan
-
Solat
-
Kebumi
Adapun memakaikan celak kepada jenazah perempuan diharuskan sekadar mengelokkan rupa dengan tidak berlebih-lebihan. Namun ia tidak disunatkan. Manakala melukis kening kepada jenazah perempuan adalah tidak dibenarkan kerana dianggap mengubah kejadian Allah SWT. Apa yang dapat disimpulkan, tiada keperluan untuk memakaikan celak atau melukis kening kepada jenazah perempuan. Perkara yang lebih penting bagi mereka yang telah meninggal dunia pergi menghadap Allah SWT adalah bekalan amalan yang dibawa. Mengirimkan pahala amalan dan doa keampunan kepada mereka yang telah pergi adalah lebih diharapkan.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 21