BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya selalu rasa mulut saya berdarah. Kdg2 betul ada darah di air liur, kdg2 air liur nya jernih. Hal ini menyebabkan saya kerap berkumur. Sampai satu tahap saya dah tak boleh beza rasa air paip dengn darah sbb kdg2 air paip itu rasa karat. Saya jadi tak selesa lagi2 ketika ingin solat atau makan. Saya takut tertelan najis dan menyebabkan solat tidak sah. Lebih2 lagi saya takut air liur saya yang bernajis itu terkena tempat2 lain. Apa yang patut saya lakukan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, darah merupakan salah satu kategori najis. Namun begitu, darah yang sedikit dan sukar untuk dikawal adalah dimaafkan. Adalah sebaiknya darah yang keluar dibersihkan dengan berkumur-kumur khususnya ketika hendak menunaikan solat. Perbuatan kumur hendaklah dilakukan secara berhati-hati agar darah tersebut tidak terpercik ke tempat lain. Percikan yang sedikit dan sukar dielakkan adalah dimaafkan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 20

message user image