BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah perlu berniat zikir setiap kali takbir intiqal dalam solat atau memadai pada rukuk pertama sahaja, baik secara bersendirian mahupun sebagai imam? Dan jika solat secara bersendirian, perlukah niat zikir meskipun takbir intiqal itu dilakukan dengan suara yang perlahan? Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد  

Merujuk kepada soalan yang diajukan, setiap zikir di dalam solat seperti takbir dan seumpamanya tidak memerlukan kepada niat yang khusus sama ada solat secara berjemaah atau berseorangan, sebaliknya kita dianjurkan untuk memahami setiap zikir yang dituturkan agar dapat membantu hati supaya sentiasa khusyuk di dalam solat. Niat yang diwajibkan di dalam solat hanya niat solat ketika takbiratul ihram yang merupakan rukun solat.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 26

message user image