BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum, saya ingin bertanya mengenai samak. Saya terpijak najis binatang. Najis itu seperti najis anjing. Kemudian saya menggesek kasut saya di jalan tar dan rumput. Selepas 2-3 hari saya ingin membasuh kasut saya. Saya melihat di bawah tapak kaki saya ada sedikit kesan kotoran. Yang saya khuatiri najis anjing tersebut. Kemudian saya membuangnya dengan tisu basah. Adakah saya perlu menyamak tangan saya? Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Dalam permasalahan yang dinyatakan, sebaiknya sertulah bagi menghilangkan keraguan dan was-was. Kaedah basuhan adalah dengan basuhan air mutlak sebanyak tujuh kali yang mana salah satu cuciannya hendaklah menggunakan air tanah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 482

message user image