Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan zakat simpanan.
Soalan pertama: Sekiranya saya mempunyai wang yang tidak berkembang (simpan bawah bantal) adakah masih wajib membuat pembayaran zakat simpanan setiap tahun? Sebagai contoh jika saya mempunyai RM100,000 yang disimpan dirumah, jika saya membayar zakat setiap tahun, logiknya wang tersebut akan berkurang tahun demi tahun sehingga akhirnya tinggal jumlah minima sahaja. Adakah terdapat dalil-dalil yang mengecualikan perkara tersebut?
Soalan Kedua: Sekiranya saya mempunyai modal dan membuat pelaburan sejumlah RM100,000, adakah wajar zakat hanya dikenakan sekali sahaja untuk jumlah asal (modal RM100,000) tersebut. Manakala tahun berikutnya, hanya dikenakan kepada jumlah keuntungan sahaja. Sepertimana alasan di Soalan Pertama diatas, sekiranya pelaburan itu tidak menguntungkan dan dalam masa yang sama zakat dikenakan, sudah pastilah modal saya akan semakin berkurang tahun demi tahun.
Mohon pencerahan berkenaan perkara tersebut kerana pada pemahaman saya yang jahil ini, tujuan zakat adalah untuk "membersihkan" dari riba dan lain-lain. Oleh itu, jika zakat dikenakan berulang kali ke atas wang yang tidak berkembang atau modal yang tidak menguntungkan, sudah pasti lah ia menyebabkan orang berkenaan menjadi semakin miskin tahun demi tahun. Saya berpendapat bukan itu tujuan zakat.
Terima kasih
Jawapan