BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum....

Apa hukum najis itu kalau bekas air liur anjing itu menjilat di makanan yang saya bagi di luar pagar rumah apakah lantai pagar rumah saya jadi najis  atau tidak.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tuan perlu memastikan terlebih dahulu adakah air liur anjing itu benar-benar jatuh ke lantai secara pasti atau tidak. Maka, jika terdapat fizikal air liur anjing itu jatuh ke lantai dan terdapat kesan padanya perlulah tuan menyucikan dengan menggunakan kaedah sertu bagi najis mughallazah iaitu tujuh kali basuhan serta diselangi sekali dengan basuhan air bercampur tanah. Berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA., bahawa Rasulullah SAW bersabda;

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya : Sucinya bekas air seseorang di antara kalian jika dijilat anjing adalah dengan dicuci sebanyak tujuh kali, permulaannya dicampur dengan tanah. (Riwayat Muslim) 

Namun, jika tuan hanya syak wasangka atau was-was dan tidak yakin, maka tidak perlu disertu. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hasan bin Ali RA bahawa beliau telah menghafal kata-kata ini daripada Rasulullah SAW: 

دَعْ مَا يُرِيْبُكَ إِلىَ مَا لاَ يُرِيْبُكَ

Maksudnya: Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu. (Riwayat al-Tirmizi) 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 22

message user image