Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan,sy seorang technician telefon,di keda sy bnyak telefon cust yg mereka tidak datang ambil.Ada yang 2,3 tahun lepas pun ada jugak..Biasa telefon mereka ada masalah dgn motherboard yg buatkan kos baiki tu tinggi ataupun masalah lain yg memerlukan kos yg tinggi utk baiki.SOALAN SY,BOLEHKAN SY BUANG TELEFON² INI ATAU SY GUNAKAN BALIK BENDA YANG BERFUNGSI DI TELEFON ITU UTK DIRI SY SENDIRI?? ATAU ADAKAH CARA YANG LEBIH BAGUS UTK MASALAH INI KRN LAMBAKAN TELEFON CUST YG XDTG AMBIL SEMAKIN BANYAK.....trima kasih tuan
Jawapan
Bagi menjawab soalan yang diajukan, tuan perlu menghubungi pemilik telefon untuk dapatkan kepastian sama ada boleh djiual bahagian tertentu atau membuangnya. Ini kerana telefon tersebut masih milik pemilik asalnya. Tidak boleh menjual atau membuang telefon tersebut tanpa keizinan pemilik asal. Bahkan haram hasil yang diterima daripada penjualan telefon tersebut.
Sebagai saranan, dibolehkan dengan persetujuan pelanggan untuk membuat perjanjian sekiranya telefon itu tidak diambil oleh pelanggan selepas melebihi tempoh setahun, pihak kedai berhak untuk menjual telefon itu bagi menampung kos pembaikan. Baki daripada hasil jualan adalah milik pelanggan. Seandainya pelanggan datang semula selepas telefon itu dijual, maka wajib bagi pihak kedai untuk menyerahkan baki hasil jualan tersebut.
Sekian, terima kasih.