Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Selepas saya mandi wajib, terdapat bau mani di tapak tangan saya. Namun air mani nya sudah tiada. Perlukah saya mandi semula atau tidak perlu kerana saya yakin air telah merata ke seluruh badan.
Jawapan
Bau air mani yang masih ada pada tapak tangan adalah tidak bernajis kerana air mani adalah suci dan tidak mengandungi najis. Memandangkan telah diyakini meratakan air ke seluruh badan, maka tidak perlu untuk mandi semula. Namun diharuskan untuk membasuh tapak tangan dengan niat menyambung mandi wajib sehingga hilang bau tersebut sekiranya jarak tempoh belum terlalu lama.
Sekian, terima kasih.