Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum ustaz,
saya dibenarkan jamak dua waktu solat jika terlibat dalam operation yang panjang. Selalunya kita sebagai doktor bedah boleh menjangkakan operation sedemikian ambil masa yang panjang. namun jika operation tu habis awal, perlukah saya solat seperti biasa?
Contoh nya saya jamak antara zohor dan asar, dan memulakan operation pada waktu zohor. tetapi alhamdulillah tiada apa2 masalah dan habis sebelum waktu asar. Perlukah saya solat semula asar 4 rakaat.
Jawapan
Berdasarkan Muzakarah MKI Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan Solat jamak kerana menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik Di Hospital-Hospital Kerajaan/Swasta telah memutuskan bahawa hukum solat jamak kerana rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama seperti menjalani rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamanya adalah harus. Keharusan yang diberikan hanyalah menjamakkan solat tanpa qasar (memendekkan).
Jika solat jamak taqdim telah ditunaikan, seperti solat Asar telah ditunaikan pada waktu Zohor. Kemudian pembedahan itu telah selesai sedangkan waktu asar masih ada lagi, maka solat Asar itu tidak wajib diulang semula kerana ia telahpun dilaksanakan. Ini kerana semasa solat jamak taqdim solat Asar pada waktu zohor itu ditunaikan, ia dilakukan dalam keadaan terdapat rukhsah atau kelonggaran yang dibenarkan. .
Sekian, terima kasih.