Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum Mufti,
Saya ingin bertanya tentang beberapa perkara :
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:
1. Mencegah kemungkaran merupakan tanggungjawab seorang Islam berdasarkan kemampuan masing-masing. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW daripada Abu Said al-Khudri RA:
Maksudnya: Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya, dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)
2. Menjadi tanggungjawab kita untuk mencegah kemungkaran mengikut kemampuan. Lebih-lebih lagi jika kezaliman/penganiayaan itu hanya diketahui oleh kita. Maka, tindakan berdiam diri seolah-olah bersubahat dan redha dengan perbuatan tersebut sedangkan kita mampu mencegahnya sama ada dengan membuat laporan atau seumpamanya.
3. Dalam sesetengah situasi, menyebarkan aib adalah diharuskan pada keadaan-keadaan tertentu. Menurut Imam al-Nawawi, terdapat beberapa sebab dibenarkan untuk membuka aib seseorang antaranya adalah:
Oleh itu, situasi yang diterangkan dalam soalan ini berkemungkinan termasuk keadaan yang diharuskan bagi seseorang untuk menyebarkan sesuatu kemudaratan atau bahaya yang dilakukan oleh seseorang sekiranya kemudaratan itu berkaitan dengan kemaslahatan orang ramai tujuan memberi amaran kepada orang lain. Namun begitu, kita hendaklah berpada dan tidak berlebih-lebih dalam perkara tersebut. Ada kewajaran sekiranya perkara itu melibatkan kemudaratan yang besar kepada masyarakat untuk melaporkannya kepada pihak yang berwajib.
4. Kita dituntut untuk berkawan dan bersuhbah dengan orang-orang yang baik agar kebaikan itu turut tersebar kepada kita. Sekiranya berkawan dengan orang yang tidak baik, keburukan itu juga boleh mempengaruhi kita.
Sekian, terima kasih.