BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum , saya nak tanya . Syarat sah wajib cerai kena suci ke ? Atau hanya undang2 sahaja x wajib? 
 

sebabnya saya dari sabah hadir cerai kt sepang , tapi tarikh yg booking saya dalam period tapi kami dah x duduk bersama lebih 5bulan . Adakah sah kalau lafaz cerai dalam mahkamah ketika haid? Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, menjatuhkan talak dalam keadaan isteri haid atau nifas adalah haram dan berdosa. Ini adalah ketetapan dan hukum dari Allah SWT dan ia bukan sekadar undang-undang sahaja. Setiap umat Islam wajib mematuhinya. Walaupun talak yang dijatuhkan oleh suami semasa isteri haid itu berdosa, namun talak tetap jatuh. 

Berikutan tarikh perbicaraan puan bagi kes cerai di Sepang, boleh dimaklumkan kepada pihak Mahkamah Syariah untuk dipinda ke tarikh semasa suci dari haid. Dalam situasi ini, puan dan pihak Mahkamah hendaklah berbincang bersama agar proses yang dijadualkan akan berjalan lancar. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 34

message user image