BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ada satu situasi soalan yg ingin perlukan pencerahan. 

Situasinya begini. Saya seorang bapa tinggal yg kematian isteri dimana ada mempunyai seorang anak istimewa(oku/autism) yang kini berumur 5 tahun. Saya tidak mempunyai kerja tetap kerana anak perlukan penjagaan tambahan. 

Saya kini tinggal dirumah keluarga arwah isteri. Saya tidak kemampuan Dari segi kewangan kerana tidak dapat bekerja.

Pertanyaan saya. Apakah keutamaan saya sabagai bapa. Adakah saya wajib meninggalkan anak saya kerana tujuan mencari nafkah atau mencari nafkah sekadar yg mampu Dan mengutamkan penjagaan anak istimewa.

Mohon pencerahan.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan:

Seorang manusia wajib menunaikan kesemua kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT ke atasnya mengikut kadar kemampuannya. Seorang bapa bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarganya serta memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka terjaga. Tidak wajar salah satu daripada kedua-dua tanggungjawab tersebut dilepaskan untuk menunaikan tanggungjawab yang lain. Anak istimewa memerlukan kepada penjagaan khusus di samping tanggungjawab memberi nafkah kepadanya untuk sara hidup. Oleh itu, tuan boleh berusaha mencari nafkah mengikut kemampuan di samping memohon bantuan daripada agensi sekeliling seperti bantuan zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan masyarakat awam bagi membantu tuan menyara diri serta menjaga anak tersebut. Semoga Allah SWT memberkati usaha yang dilakukan serta mempermudahkan urusan tuan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 30

message user image