Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan ustaz.
Saya nak tanya status darah umpun umpun yang kebiasaanya pemancing gunakan untuk umpan.
Kebiasaanya apabila pemancing hendak pasang umpan umpun-umpun tersebut ke mata kail. Umpun-umpun tersebut akan berdarah, lalu tangan pemancing akan turut terkena sarah berkenaan.
Apa hukum darah dari umpun-umpun tersebut. Memandangkan kebiasaanya pemancing tak basuh hanya kesat-kesat tangan di kain atau pakaian, lalu beliau solat dengan pakaian berkenaan. Ada pandangan yang lebih ringan ka dengan situasi berkenaan?
Terima kasih ustaz.
Jawapan
Pada asasnya, najis terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu najis mukhaffafah (ringan), najis mutawassitah (sederhana) dan najis mughallazah (berat). Perinciannya adalah seperti berikut:
Najis mughallazah ialah anjing dan babi serta apa daripadanya.
Merujuk kepada soalan tersebut, darah umpun-umpun itu dalam bahagian najis sederhana (mutawassitah). Maka untuk menyucikannya adalah dengan mengalirkan air ke atasnya dan menghilangkan kesan-kesannya hingga ain najis tersebut dan juga sifat-sifatnya, sama ada warna, rasa atau bau, sama ada najis aini atau hukmi, dan sama ada terkena pada pakaian, badan atau tempat. Walau bagaimanapun, sekiranya darah dari umpun-umpun itu sedikit, maka dimaafkan.
Sekian, terima kasih.