Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz saya mempunyai soalan berkait harta pusaka.
Saya anak sulung dari ibu pertama kami 3 beradik 2 laki sorang perempuan . Arwah ayah kawin lain dan ada anak 8 orang sorang laki. Sebelum arwah meningal arwah telah ubah nama sebahagian tanah yang ada rumah berkelusan saiz rumah taman . Ada lagi 2 buah rumah atas tanah tersebut yang tidak termasuk bahagia yang diaubah. Tanah tersebut berada tepi jalan besar yang strategik semestinya nilai tidak sama dengan tanah dalam kampung yang berpaya. Sebelum arwah meningal arwah ada bercerita kepada saya yang tanah dalam kampung dibagi kepada kami 3 beradik yang keluasan nya sama seperti tanah luar tepi jalan tetapi kami 3 beradik tidak setuju sebabnya tanah tersebut nilai tak sama dan antara kami 3 ada yang berhasrat bila pulang kampung kelak ingin berniaga kecil di atas tanah tersebut. Setelah arwah tiada sebagai anak lelaki sulung dan Kami buat keputusan bahagi tanah pusaka mengikut hukum faraid semua telah selasai cuma setelah itu kami tiga beradik seolah-olah seperti tidak dibenar menumpang di tanah tersebut sedangkan nama kami juga ada dalam tanah pusaka tersebut dengan pelbagai alasan mak tiri dan anak-anak beliau. Setelah pelbagai alasan dan helah mereka akhir sekali kami akur dengan kehendak mak tiri dan anak-anak beliau turun semua ke pejabat tanah dan ubah balik kepada asal sepertimana mereka mahu tanah tepi jalan untuk mereka tanah dalam kampung kami 3 beradik walaupun tak setuju tapi kami terpaksa disebabkan lakonan mak tiri dan anaknya. Untuk makluman ustaz kami 3 beradik tidak dibesarkan di kampung tersebut saya tinggal dengan atok lagi sorang tinggal dengan pak sedara yang perempuan dengan ayah walapun sejak kecilan layanan yang diberi tak sama dengan anak mak tiri yang 8 orang tu contoh makan kami bahagia kepala untuk kami bahagia ekor utuk mereka.anak mak tiri nak apa semua dapat nak kawin takde duit pun boleh dikawinkan mereka semua membesar dalam kampung tersebut sedangkan kami tinggal dengan orang setelah belajar kerja luar cari kehidupan sendiri d luar tampa berharap tanah pusaka. Bukan mengungkit cuma terkilan sikap mereka sedangkan masa kecil kami yang tua banyak berkorban wang ringgit utk sekolah adik-adik bila dah besar dan berkejaya begitu balasan mereka kepada kami. Tujuan awal saya buat faraid adalah yakin hukum Allah adalah yang terbaik dan ingin tingal bersama sama semua adik-adik dalam keluasan tanah yang tak seberapa tu. Disebabkan itu kami seperti berpecah masing-masing dengan ego masing bila sudah besar dan berkejaya... Walaupun tak serapat dulu namun doa takpernah lupa pada mereka... Mohon ulasan dari ustaz adakah patut kami diperlakukan sedemikian dan Kami redo dengan ketentuan Allah
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.
Mengikut hukum Islam, setiap harta yang ditinggalkan oleh si mati di atas muka bumi ini maka ia menjadi harta pusaka dan harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum wasiat dan faraid. Wasiat adalah pemberian harta oleh si mati selepas kematiannya. Wasiat tidak boleh diberikan kepada pewaris melainkan mendapat persetujuan daripada waris-waris yang lain. Hal ini kerana, hak bagi pewaris adalah melalui pembahagian faraid. Hal ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah RA:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah menentukan setiap yang mempunyai hak (ahli waris) akan mendapat hak mereka. Maka, tidak ada wasiat kepada ahli waris. (Riwayat Abu Daud)
Berhubung status tanah yang telah dinamakan pembahagiannya, secara asasnya ia berbentuk wasiat secara lisan oleh si mati. Namun begitu, paza zaman kini sebarang wasiat perlu dikemukakan dokumen-dokumen yang boleh menyokong status harta itu diwasiatkan kepada penerima. Hal ini kerana, menurut konteks undang-undang, jika berlaku pertikaian terhadap wasiat, maka ia perlu dikemukakan di mahkamah, dan setiap dakwaan yang dikemukakan ke Mahkamah ini perlulah dibuktikan. Jika benar si mati telah memberi hartanya kepada seseorang, ia perlu dibuktikan sama ada melalui akuan sumpah dan saksi serta disokong oleh bukti-bukti yang lain sehingga boleh membuktikan bahawa ianya adalah wasiat. Oleh itu sekiranya sesuatu wasiat tidak dapat dibuktikan maka ia perlu diselesaikan mengikut hukum faraid sesama waris mengikut ketetapan dan prosedur perlaksanaan semasa.
Demikian itu, dalam hal ini kami mencadangkan agar pihak tuan mendapatkan khidmat nasihat faraid daripada Bahagian Harta Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor, Tingkat 10, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Atau hubungi mereka di talian tel : 03-5514 3773 / 3772 / 2190 / 3570, untuk penjelasan lanjut.
Sekian, Terima Kasih.