BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

PEMBELIAN KAD POKEMON

Assalamualaikum Jabatan Mufti Selangor,

Pertanyaan saya mengenai isu pembelian kad pokemon (POKEMON TRADING CARD GAME). Tujuan kad ini adalah untuk permainan antara pemain 1vs1 dan juga dijadikan koleksi. Ada juga menjadikan kad ini sebagai jualan semula (resell).

Kerisauan saya pada cara pembelian kad pokemon ini, sebagai contoh ya:

Satu series kad pokemon namanya - Shining Fates
Jumlad kad didalam series Shining Fates - 250 kad (contoh)
Beli satu pack kecil Shining Fates - 10 kad (contoh)

10 kad didalam pack kecil ini adalah rawak (random) daripada jumlah kad didalam series Shining Fates, 250 kad. Bole jadi didalam 5 pack kecil yang dibeli akan ada kad yang sama (repitation), ini disebabkan sistem rawak tersebut.

Dari kefahaman saya rukun jual beli adalah:

  1. Penjual dan pembeli.
  2. Akad jual beli.
  3. Barang jualan yang jelas.

Walaupun saya tahu kesemua 250 kad didalam series Shining Fates ini, tetapi pembelian pack - pack kecil itu tidak jelas kad apa yang saya akan dapat. Adakah ini dikira sebagai judi?

Tujuan saya membeli kad pokemon ini lebih kepada mengumpul (collection) dan bermain. Tiada tujuan untuk dijadikan jualan semula (resell).

Minta penjelasan.

Terima Kasih!

 




 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Salah satu daripada syarat sah jual beli adalah barang yang dibeli hendaklah jelas dan tidak mengandungi unsur gharar atau ketidakpastian sama ada barang yang dibeli akan diperolehi atau tidak, atau mungkin terdapat risiko mengalami kerugian yang besar, yang boleh membawa kepada unsur perjudian. Gharar itu disebut sebagai gharar fahish (gharar yang besar).

Merujuk kepada solan yang diajukan, menjual kad pokemon secara pack kecil dengan kandungan kad 5 atau 10 secara rawak, iaitu kita tidak mengetahui jenis kad apa yang akan diperolehi, tidak dianggap sebagai gharar fahish (gharar yang besar) yang boleh menyebabkan tidak sah jual beli, sekiranya kesemua kad ini mempunyai nilai atau harga yang sama. Melainkan sekiranya terdapat kad-kad tertentu yang nilai atau harganya yang lebih mahal, maka ketika itu terdapat unsur perjudian.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 161

message user image