BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,nak tanya bolehkah kita bayar pendaftaran etsy untuk menjual barang.Etsy itu merupakan platform pasaran secara dalam talian.Penjual perlu membayar pendaftaran etsy sebanyak rm70 untuk menjual barang di etsy.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berkaitan dengan persoalan tuan, bayaran pendaftaran yang dikenakan oleh pihak Etsy adalah berbentuk yuran kemasukan atau komitmen kepada pentadbir bagi pengurusan dan penyelenggaraan sistem. Oleh yang demikian hukumnya harus bagi bayaran pendaftaran tersebut tanpa ada perkara-perkara yang  menyalahi syarak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 27

message user image