Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
salam,saya ingin bertanya tentang qada solat fardu,soalan saya betul kah selepas menunaikan solat fardu,jika kita ingin membuat solat qada fardu,kita perlu mengambil wuduk lain? kerana ada ustaz yang menyatakan satu wuduk hanya untuk satu solat sahaja, saya keliru. mohon bantu saya.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, memadai untuk menggunakan wuduk yang sama untuk solat fardu dan solat qada tersebut. Walau bagaimanapun, disunatkan untuk memperbaharui wuduk walaupun masih lagi dalam keadaan berwuduk kerana ia merupakan sunnah dan kebiasaan yang diamalkan Rasulullah SAW.