BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wr wb,

Saya ingin bertanya bolehkah kita membeli / memiliki Keris yang mempunyai ukiran seperti Naga, Ular dan lain lain? Satu soalan lagi terkadang ada bahagian keris yg dibuat dari perak murni. Adakah perlu dizakatkan?

Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد     

Secara umum, para ulamak sepakat bahawa tidak diharuskan untuk melukis atau membuat ukiran patung bernyawa seperti manusia atau binatang dalam keadaan sempurna keseluruhan anggota badan.  

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Talhah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ

Maksudnya: Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian sekiranya patung itu adalah permainan kanak-kanak yang digunakan untuk bermain atau gambar bagi tujuan pembelajaran.

Sebahagian ulamak membenarkan sekiranya lukisan atau ukiran tersebut tidak sempurna iaitu hanya sebahagian daripada anggota seperti kepala atau badan sahaja. 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, seandainya ukiran pada keris itu tidak sempurna, maka ia diharuskan sekiranya keris itu daripada peralatan yang sentisa digunakan. Seandainya ia hanyalah barang perhiasan, sebaiknya ditinggalkan.

Manakala logam perak yang terdapat pada peralatan seperti keris adalah wajib dikenakan zakat berdasarkan nilai perak tersebut sekiranya memenuhi syarat wajib iaitu melebihi nisab dan haul (dalam simpanan setahun). Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 23

message user image