BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.. saya ada pertanyaan, saya ada beli rumah dulu atas nama bersama saya dan isteri dan rumah kami saya yang bayar setiap bulan. Jika ditakdirkan saya dan isteri meninggal, ikut faraid rumah itu jatuh kepada siapa anak kandung saya bersama isteri atau anak tiri saya, iaitu anak isteri saya dengan bekas suami dia. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, rumah tersebut boleh dianggap sebagai harta sepencarian di antara tuan dan isteri tuan. Seandainya tuan meninggal dunia, maka isteri tuan berhak mendapat sebahagian rumah tersebut sebagai harta sepencarian, dan baki selepas ditolak harta sepencarian daripada bahagian isteri merupakan harta pusaka tuan yang perlu difaraidkan kepada waris tuan, iaitu isteri dan anak-anak tuan bersama isteri yang ada sekarang atau anak-anak daripada bekas isteri (jika ada). Anak tiri, iaitu anak kepada isteri tuan daripada suami yang lain adalah bukan waris tuan.

Namun seandainya isteri tuan meninggal dunia, tuan berhak mendapat bahagian rumah sebagai harta sepencarian, dan baki selepas ditolak harta sepencarian daripada bahagian milik tuan adalah harta pusaka isteri yang perlu difaraidkan kepada warisnya iaitu tuan sebagai suami dan anak-anak isteri sama ada hasil daripada perkahwinan dengan tuan atau bekas suami isteri tuan.

Untuk mendapatkan kepastian, tuan boleh merujuk kepada bahagian Perkhidmatan Harta Pusaka Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 28

message user image