BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya pernah membersihkan najis mutawasitah macam tahi cicak dengan cara yang salah. Tetapi ahli kluarga saya susah memijak oada kawasan tersebut.kini saya rasa najis telah meratai ke seluruh rumah kerana medium air atau lantai yang basah.semua tempat saya ra dah kena najis sampai nak duduk atau bersandar pon saya tak berani.macam mna langkah yang patut diambil.tak sahkah solat kami semua. Kadang kadang telur ayam airnya basuh tumpah ke lantai dan sayavrasa macam telur tu belum dibasuh dengan sempurnaMacam mana cara nak buat atau solusi kepada hal ini. Cara sepatutnya dan sah ke semua solat ahli keluarga saya sampai hari ini.kadangkan seluar wanita kena keputihan lalu saya berpeluh adakah sofa semua turut jadi bernajis. Kalau darah nanah semua macam mna.saya sampai tak tenang nk beribadat sebab rasa najis akibat salah basuh tahi cicak dirumah tu.sbb rumah kampung selalu ada tahi cicak dan tikus. Kejdian ini berlarutan sudah lama. Tolong jelaskan secara teliti langkah yang perlu saya ambil dan faham untuk masalah ini.terima kasihh

 


message user image

Jawapan  


وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, secara asasnya, sesuatu tempat itu dianggap sebagai najis jika diyakini pada tempat tersebut adanya najis sama ada cukup sifat atau salah satunya iaitu bau, warna atau rasa. Tahi cicak pada asalnya termasuk najis mutawasitah yang perlu disucikan dengan menghilangkan ainnya terlebih dahulu, kemudian mencucinya dengan mengalirkan air mutlak ke atasnya sehingga hilang bau, warna dan rasa. 

Bagi kejadian yang telah lalu, maka ia dimaafkan. Tambahan pula, kadang-kala ia adalah antara perkara yang sukar untuk dielakkan, maka ia diberi kelonggaran. Selagi tidak dapat dipastikan terdapat najis dengan jelas ketika solat, maka solat yang dilakukan adalah sah.  

Telur ayam yang telah dibasuh adalah bersih dan suci, maka tumpahan air basuhan telur ayam yang menitis di atas lantai adalah tidak bernajis. Namun, jika disedari daripada awal masih terdapat najis pada bahagian telur yang telah dibasuh tersebut, maka air yang menitis jatuh ke lantai adalah air mutanajjis (menanggung najis) dan perlu dibersihkan serta dibasuh dengan air. Jika tidak nampak atau hanya sangkaan sahaja, maka kembali kepada hukum bahawa ia tidak bernajis. Ini kerana kaedah fiqh menyebutkan bahawa: 

اليَقِينُ لا يَزُولُ بالشَّك 

Maksudnya: Keyakinan tidak akak terangkat dengan sebab syak

Tambahan pula, jika percikan air itu sedikit, maka ia dimaafkan. 

Keputihan yang membatalkan solat adalah lendiran wadi dan mazi, ia perlu dibersihkan sebelum berwuduk. Jika keputihan yang terlalu banyak hingga diyakini mempunyai kesan pada tempat yang diduduki, maka hendaklah dibersihkan kawasan tersebut. Sebaliknya, jika hanya was was atau sangkaan, maka ia tidak menyebabkan tempat yang diduduki itu jadi bernajis. 

Darah dan nanah tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wuduk. Tetapi jika ia keluar melalui dua jalan sama ada qubul atau dubur maka batallah wuduknya. Namun demikian, darah dan nanah merupakan najis mutawassitah yang termasuk dalam perkara yang membatalkan solat kerana kita perlu bersih dan suci daripada najis pada tubuh, pakaian dan tempat solat.  Adapun begitu, ia adalah perkara yang dimaafkan jika kuantitinya terlalu sedikit. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 20

message user image