BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan, semasa menunggu giliran untuk membayar di kaunter, sebelum saya ada seorang lelaki yang membeli sebotol arak yang masih dingin, tiba giliran saya membayar barangan saya, saya tidak perhati tangan cashier itu sama ada basah atau kering, cuma setelah pulang, saya lihat pada tag/kertas pada barang saya itu ada bekas cap jari kering. Dan saya telah meletakkan barang tersebut bersama telekung saya, apakah telekung saya boleh terus dibawa untuk solat?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada situasi yang dinyatakan, air yang terdapat pada luar botol arak yang dingin bukan dikategorikan sebagai najis. Maka, resit yang dilihat terdapat kesan kering cap jari yang terkena pada telekung tidaklah merebakkan najis. Malah, telekung tersebut juga tidaklah dikira terkena najis kerana ain dan sifat najis tiada padanya, maka ia dianggap suci dan boleh dibawa solat. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 29

message user image