BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Apakah proses melafaz taklik?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan tuan, lafaz taklik adalah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya perlanggaran terhadap apa yang disyaratkan itu.Taklik juga bermaksud menggantungkan perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan seperti kata suami kepada isterinya: “Kalau kau ugut lagi, tercerai kau.” atau "Kalau kau keluar rumah, jatuh talak satu" atau sebagainya. Sekiranya berlaku perlanggaran pada syarat taklik tersebut maka boleh membawa berlakunya perceraian.

Walau bagaimanapun, di dalam menentukan sama ada lafaz taklik itu sah atau tidak, sama ada perlanggaran syarat taklik itu berlaku atau tidak, adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Tuan boleh berhubung kepada Pejabat Agama Islam Daerah terdekat untuk mendapat penjelasan lebih lanjut.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 40

message user image