BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Setahun lalu suami lafaz kinayah. Tapi keliru dan ragu dengan niat nya..setiap kali di tanya niat suami kata (ada niat) tapi dia kesal dan bukan itu yang dia inginkan. Suami kata dia keliru dan tidak pasti dengan niat sendiri. Itu bukan keputusan normal dia. Dia ragu dengan niat dia. Tidak yakin dan pasti dengan niat dia sendiri.

baru2 ini suami mengambil masa fikir dengan betul niat kinayah nya setahun lalu itu. Suami kata dia sangka kan dia ada niat waktu itu untuk cerai tapi niat sebenarnya hanya ingin keluar dari pergaduhan saja. Suami kurang faham dengan niat dia waktu itu sehingga la baru2 ini dia fikir dengan betul dia tidak ada niat untuk cerai sama sekali.

Suami kata selama 1 tahun dia ragu dan tidak pasti dengan niat nya sendiri. Kerana ragu dengan niat nya..setiap kali saya tanya ke suami dia kata (ada niat) walaupun dia kata dia ada niat tapi sebenarnya dia tidak yakin dengan niat nya itu.. dan baru2 ini dia sudah berfikir dengan masak bahawa dia suda yakin yang dia tak ada niat cerai hanya niat keluar dari pergaduhan sewaktu lafaz kinayah.

kalau mcm ini jatuh ka talak terhadap kami? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Islam tidak menetapkan sesuatu hukum berdasarkan rasa syak, ragu-ragu, sangkaan atau tidak pasti. Firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 36:

إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Maksudnya: sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran. 

Begitu juga kaedah fiqah yang mengatakan:

اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan syak (keraguan).

Oleh itu, seandainya seseorang itu tidak pasti sama ada melafazkan talak ataupun tidak, atau tidak pasti lafaz yang diucapkan, maka ia tidak memberi apa-apa kesan kepada ikatan perkahwinan. Begitu juga seandainya ragu ragu atau tidak pasti sama ada berniat talak atau tidak semasa melafazkan talak secara kinayah, maka talak tidak berlaku. Dalam kes puan, suami telah yakin bahawa dia tidak berniat talak, maka talak tidak berlaku. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 49

message user image