BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum tuan mufti,

HUKUM MENJADI SEORANG PERUNDING HARTANAH

Kerja saya adalah memasarkan hartanah dan menjadualkan appointment client dan saya dibayar secara komisen mengikut jualan sesuatu hartanah tersebut.

Tetapi kebanyakan pelanggan yang membeli hartanah akan meminjam duit daripada pihak bank yang mengamalkan riba.

Saya tidak terlibat untuk menyediakan dokumen untuk memohon pinjaman bank malah, kawan saya yang menyelesaikannya dan saya tak tahu pinjaman yang mana client itu ambil.

  1. Adakah saya tergolong dalam golongan orang yang melakukan riba?
  2. Apakah status komisen saya adakah halal atau haram?
  3. Bagaimana untuk mengelakkan riba dalam kerjaya ini dan pada masa yang akan datang?

Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Memandangkan tuan mendapat komension berdasarkan penjualan sesuatu hartanah, maka ia tidak dianggap sebagai riba, sebaliknya ia adalah upah.

2. Halal selama tidak melibatkan sebarang penipuan dan sebagainya yang dilarang oleh syarak.

3. Jangan terlibat dalam urusan peminjaman melalui bank konvensional.

والله أعلم

Sekian. Terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 21

message user image