BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalam, saya ada lihat vid di sosial media, jika gantung niat , takbir tidak sah. 
Sekiranya saya berkata dalam hati ketika solat “selepas salam pertama solat akan batal” adakah solat saya akan terbatal serta merta ? Mohon penjelasan berkaitan gantung niat ini, tq


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, menggantung atau mengaitkan batal solat dengan sesuatu perkara boleh membatalkan solat. Seperti seseorang yang berniat: "Jika hujan turun saya akan berhenti solat", maka solatnya terbatal serta merta. Ini kerana salah satu daripada syarat sah solat adalah berterusan niat dari takbiratul ihram hingga salam..

Merujuk kepada soalan yang diajukan, niat di dalam hati ketika solat: “Selepas salam pertama solat akan batal”, tidak membatalkan solat kerana mengaitkan batal solat selepas tamatnya ibadah solat, iaitu dengan melakukan salam yang pertama yang merupakan rukun solat. Sedangkan salam yang kedua adalah sunat.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 14

message user image