BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam,

Suami saya meninggal lebih dari 2 tahun yang lepas, sebelum beliau meninggal dia membeli sebuah kereta diatas nama saya sebagai hadiah hari jadi. Beliau juga ada meninggal duit untuk membayar duit kereta walaupun tak dapan nak langsaikan sepenuhnyer harga kereta itu. Saya dah tak sanggup menyimpan kereta yang dihadiahkan, sebab jarang pakai. Kalau saya menjual kereta tersebut, perlukan saya faraid duit yang ada dalam account saya itu.

Mohon penjelasan.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, hasil jualan kereta yang telah dihadiahkan oleh suami tersebut tidak perlu dibahagikan secara faraid kepada waris si mati yang lain kerana kereta tersebut telah menjadi milik puan dan ianya bukan harta pusaka si mati. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 19

message user image