BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam...mohon pencerahan panel...saya mengetahui jika seorang lelaki dan wanita bukan mahram berdua duaan dlm kenderaan,hukumnya adalah haram...tapi saya ingin bertanya mengenai satu kemuskiylan..apakah hukum jika isteri saya,menaiki satu kenderaan yang sama ke tempat kerja,bersama dengan 2 orang lagi lelaki bukan mahram yang satu tempat kerja dengannya,bertiga didalam satu kenderaan yg sama,bagi tujuan ke tempat kerja untuk menjimatkan kos pegangkutan harian yang perlu ditanggung jika pergi brsendirian??mohon pencerahan panel..terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Daripada Abdullah Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ

Maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.                    (Riwayat Muslim)

Daripada nas di atas, jelas menunjukkan perbuatan berkhalwat di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah suatu yang dilarang. Ini kerana, perkataan لاَ di dalam hadis tersebut merupakan لاَ al-Naahiyah (larangan) yang membawa hukum haram.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, situasi yang dinyatakan boleh mendatangkan fitnah dan sebaiknya dielakkan. Namun seandainya di dalam keadaan terdesak atau tidak dapat dielakkan, maka ia dibolehkan dengan mengambil langkah-langkah yang sangat ketat, antaranya:

  1. Tidak berbual mesra antara lelaki dan perempuan (bercakap perlu sahaja).
  2. Tempat duduk tidak bersebelahan lelaki (tempat duduk penumpang).
  3. Tujuan hanya urusan pergi dan pulang kerja sahaja.
  4. Tidak melalui jalan yang sunyi bagi mengelakkan fitnah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 24

message user image