Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, sebelum solat zohor, saya ada membuang air kecil dahulu. Ketika solat tidak silap rakaat pertama, saya rasakan seperti ada air yang bermain main di hujung kepala zakar saya tetapi saya tetapi meneruskan solat. Namun ketika sujud (tidak pasti rakaat ke berapa), saya rasakan seperti ada air yang keluar daripada zakar saya. Saya berasa was was lalu berhenti solat Dan ke bilik air. Namun ketika di bilik air, saya membuang air kecil Dan saya dapat rasakan dengan jelas seakan ada air yang keluar daripada kepala zakar. Rasa itu lain ketika sujud sebentar tadi di mana air itu keluar tanpa rasa yang "tajam" sebagai tanda keluarnya air di kepala zakar.
Selepas selesai membuang air kecil Kali kedua, saya solat seperti biasa di posisi sedikit ke tepi daripada tempat solat pertama tadi kerana khuatir jika benar ada air kencing akan merosakkan solat. Selepas selesai solat Dan makan, saya ada menuangkan air ke atas tempat yang dikhuatiri bernajis itu iaitu di atas karpet kerana saya rasakan seperti terpijak bahagian karpet tersebut cumanya tidak pula rasa basah Dan saya fikirkan logik, ianya cuma dalam setitis air, maka mungkin cepat akan keringnya. Saya hanya menuangkan air Dan biarkan ianya kering Dan membasuh kaki yang terpijak itu kerana beranggapan najis sudah menjadi hukmiyyah.
Ketika solat Asar pula, saya tiba tiba was was kerana ketika sujud solat zohor tadi, sudah pasti kain pelikat yang dipakai menutup kaki, maka saya mulai rasanya bahawasanya yang terkena air yang dikhuatiri air kencing itu sebenarnya di kain pelikat saya, maka saya sangat kusut kerana khuatir ianya telah berpindah ke sofa di mana saya tidur selepas solat zohor Dan sebelum bangun untuk solat asar. Sebelum tidur itu, saya ada ke bilik air (untuk membasuh kaki yang saya rasa terpijak najis hukmi itu) maka saya khuatir tangan yang basah telah menyentuh kain pelikat yang saya pakai lalu merebak ke banyak kawasan. Saya ada mencium bahagian kain yang saya syak bernajis selepas solat asar namun tidak pula berbau tetapi ia Masih tidak meyakinkan saya kerana mungkin najis telah menjadi hukmi kerana tiada bau atau tanda.
Saya sangat kusut kerana saya khuatir najis menyebar ke merata tempat terutamanya di tombol bilik air di mana saya mungkin menyentuhnya dengan tangan yang basah. Saya berasakan kain pelikat baharu saya juga bernajis kerana khuatir ada najis di tombol pintu bilik air Dan saya tersentuhnya secara tidak sengaja lalu tangan saya itu menyentuh pelbagai tempat seperti sofa Dan kain selimut untuk tidur Malam malah Telefon bimbit juga khuatir bernajis.
Apa yang sepatutnya saya lakukan dengan masalah saya ini kerana daripada solat zohor itu saya was was air itu baki basuhan kemaluan sebelum solat atau memang najis yang menjadi masalah saya hampir sepanjang hari di rumah. Saya menjadi kurang tenang dengan masalah penyebaran najis ini.
Jawapan
Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna atau bau. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna.
Merujuk kepada persoalan tuan:
1) Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang jelas sahaja. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia tidak menjadikan sesuatu menjadi bernajis. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.
Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu suci dan tidak bernajis sehingga dibuktikan jelas terdapat najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Apabila tuan telah membersihkan kemaluan sejurus selesai membuang air kecil, maka telah bersih dan suci anggota tersebut. Oleh itu, tidak timbul lagi najis masih wujud pada anggota tersebut.
2) Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang jelas sahaja. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia tidak menjadikan sesuatu menjadi bernajis.
Berusahlah untuk menghilangkan atau menjauhkan diri daripada rasa was-was. Ini adalah kerana dikhuatiri akan terus dipermain-mainkan oleh syaitan sehingga menyusahkan kehidupan sekiranya tidak diatasi dengan sebaiknya.
Sekian, terima kasih.